“It’s not easy to be strong when you are weak - It’s not easy to be patient when you are restless - It’s not easy to be happy when you are depressed - But It’s not hard to lift up your hands in supplication to Allah and ask Allah to make it alright...~!! Alhamdulillah...:)

Monday 27 February 2012

^Sahabatku Sayang^

Sahabat,

di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,

ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya,
aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

ukhwah fillah abadan abada...♥

^Rahsia Mata Lelaki^

Malam pasangannya siang...
jaga pasangannya tidur..
Rajin pasangannya malas..
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki..

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu..

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan..

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman...

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol..

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman..

Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan..

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu..

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan..

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya..

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya..

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya..

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu..

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan..

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat..

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami..

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat..

Seperti firman Allah,

”Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluan mu”.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,

dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT..

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat..

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^

Wallahu'alam....♥

Thursday 23 February 2012

^Kisah Hati,Akal Dan Mulut^

AIR MATA mula membasahi pipi tanpa disedari, HATI mula lemah kerana tak mampu untuk mengawal emosi yang kian membara. MULUT mula menyoal kenapa jadi begitu. HATI cuba mengatasi perasaan itu dengan berzikir. AKAL tahu ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku. MATA tak berhenti-henti mengeluarkan AIR MATA. HATI cuba memujuk...Namun MATA masih menangis... HATI memang TERLUKA namun ia cuba menghadapi KESEDIHAN...HATI tahu ia mampu... AKAL memberikan kata-kata semangat & motivasi kepada HATI & MATA. lalu, MATA pun mula berhenti mengeluarkan AIR MATA & HATI mula REDHA dengan ketentuanNya...



p/s: Bersabar Duhai Hati...♥

Apabia diuji, janganlah menyoal kenapa jadi begitu... Namun, tanamkanlah sifat sabar didalam hati... Redhalah disebalik apa yang terjadi... Luahkanlah isi hatimu kepadaNya... InsyaALLAH... Hati akan merasakan tenang... Sabar,Redha & Tawakkal.....
Susah itu TARBIYYAH, sabar itu INDAH... InsyaAllah...~!!!

BERSYUKURLAH dalam beribu-ribu mereka yang MEMBENCI...
ada jua yang masih menyayangi iaitu Allah, setiap yang Dia rancangkan pasti ada HIKMAH TERSENDIRI...♥


^Andai Dia Pergi Dulu Sebelumku^

...andai cinta berakhir di dunia ini...hanya air mata menjadi teman...^^


♥Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

~Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
~Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

♥Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!
♥Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.

♥Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
~Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

♥Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

~Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

~Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

~Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!

♥♥Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.


♥Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.

♥Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!


♥Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:

♥♥ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…...~

♥Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

♥Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

♥Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
♥Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

♥Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.



♥Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

♥Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
~Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

~Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
~Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

~Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.



~Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

♥Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.
♥Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

KETIKA RASULULLAH PERGI…♥♥

Tengah hari itu…




gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…

Tapi dian batinnya terus menyala

Pada sebuah amanat di sisi isterinya



Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba

Duhai srikandi budi yang masih lara

Sepuhlah air mata di usia muda

Melangkahlah semula dengan kukuh

kerna jalan ini masih jauh



Yang wafat cuma jasad

Bukan niat dan semangat!



Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah

di usia remaja menjadi isteri Rasulullah

Teman Rasul ketika berjuang membela umat

Teman Rasul ketika di amuk sakarat

di ribaannyalah baginda wafat



Sepeninggalan Rasul…

Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu

Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti

Dia hanya kehilangan suami


Tapi bukan kehilangan misi!



Sesekali ketika rawan diusik kenangan…

Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah

Istirahat hati pada satu hakikat…

Cintaku hanya sedebu cinta-Nya

Relakanlah dia pergi…

Menemui temannya di daerah tinggi!

Wednesday 22 February 2012

^I Have A Dream^

Setiap dari kita mempunyai impian.Tak kiralah sebesar mana n sekecil mana impian itu.Sedari zaman kanak-kanak hinggalah zaman dewasa ...kita tak terlepas dari memburu impian itu.Dan impian itu berbeza mengikut keperluan dan cara hidup masing-masing.

Dalam memburu impian,kita tak pernah lari dengan segala macam cabaran dan dugaan.Dan ia sebenarnya seringkali menguji kita sejauh mana kesabaran kita dalam menempuhi liku-liku perjalanan menuju destinasi impian kita itu.Apa jua impian itu,haruslah di mulai dengan niat yang betul n baik.Yang penting kita berusaha dan niat dalam hati dan impian itu haruslah berlandaskan pada tujuan yang baik sahaja.Minta yang baik....baiklah jadinya dan sebaliknya jika kita minta sesuatu yang tak elok.Dan seharusnya sertailah doa padaNya dalam apa jua yang kita pinta itu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah SWT berfirman:Aku bersama dengan hambaKu selagi dia mengingati akan Daku,dan selagi bergerak kedua bibirnya."[Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim]

Dengan meminta padaNya hati kita akan mendapat ketenangan hati dan jiwa.Nikmat ketenangan ini akan dapat dirasakan secara langsung dengan sentiasa berusaha penuh kekhusyukan serta merendahkan diri dihadapan Allah SWT.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." [Surah Ar-Ra'd ayat 28]

Agar impian itu tertunai dan tercapai ,kita tak seharusnya lupa pada pertolongan Allah agar impian itu termakbul.Yang penting kita harus ikhlas dalam amalan seharian kita dan ianya harus ditujukan kepada Allah dan tidak kerana yang lainnya.Didalam hal ini Umar bin Khattab ra pernah berdoa:

"Ya Allah,jadikanlah seluruh amalku baik,dan jadikanlah ia ikhlas di pangkuanMu,serta jangan engkau jadikan sesuatu apa pun dapat mesuk ke dalamnya."

Penyeraha diri yang sejati adalah salah satu syarat agar impian yang kita hajatkan itu termakbul.Ia adalah kecintaan seseorang terhadap Allah dan RasulNya melebihi cinta kita terhadap dunia dan seluruh isinya,di samping mahu berkorban untuk kepentingan agama Allah SWT.Orang yang sentiasa memperoleh pertolongan Allah SWT dalam kehidupannya,adalah orang yang merasa senang setiap kali ia melaksanakan kewajipan yang telah diwajibkan Allah SWT kepadanya,bahkan kewajipa itu tidak dianggapnya sebagai sesuatu yang memberatkan malah telah digantinya menjadi keperluan di dalam hidupnya.

Bagi yang ingin mencapai impian dan harapan dalam hidupnya,cukuplah hanya dengan pertolongan Allah dan ianya tidak hanya sekadar mencukup amalan yang wajib sahaja  tetapi demi kesempurnaan amal ibadahnya,ia sentiasa menambahkan dengan amalan-amalan sunnah.Disamping amalan dimalam hari terdapat saat yang sangat mustajab untuk berdoa memohon kepada Illahi moga-moga impian yang kita hajatkan itu tertunai.Wallahul'alam.




Tuesday 21 February 2012

^Tip Menjadi Pasangan Bertanggungjawab^

^Saat isteri berada di pangkuan suami tersayang,terpancar kebahagian pada wajah si isteri^

.....kahwinlah seorang wanita itu dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah,kalau ia menyintainya ia akan menghormatinya dan kalau tidak menyintainya ia tak akan menganiayainya....[Hassan bin Ali]

Perkahwinan bukan sekadar medan untuk sekadar menerima namun ianya sebagai medan untuk memberi yang akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tak berkesudahan.Kita banyak menerima sejak roh kita di satukan dengan jasad yang dipinjamkan ini.Fikirkanlah bagaimana pula untuk kita memberi,sebelum roh yang bersatu dengan jasad ini dipisahkan pada waktu yang telah ditentukan nanti.Wallahu'alam.

Untuk menjadi pasangan yang bertanggungjawab:

♥Kenangkanlah selalu bahawa istri atau suami kita adalah milik Allah SWT bukan milik kita.
♥Dalam apa jua perselisihan,carilah dimana kedudukan syariat dalam hal itu.
♥Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
♥Sering melakukan solat istikharah dan solat hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
♥Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga disyurga nanti apabila masing-masing bertanggungjawab dengan perintah Allah SWT.
♥Takutkan neraka dan bimbanglah seksaNya jika mengabai tanggungjawab.
♥Bila susana terlalu sukar,bisiklah di dalam hati: Ini semua sementara,pertolongan Allah sudah dekat.

Ketika CINTA mendatangimu ku berharap ia bersemi indah di taman PERNIKAHAN.Tamannya adalah penghuni orang-orang yang jatuh CINTA .Ditaman inilah orang-orang BERIMAN menumpahkan cinta sejati yang merajut dalam ikatan suci .Wahai yang belum mampu memasuk taman ini,janganlah engkau menabung dosa CINTA.
Bersabarlah....!!! kesabaran membuah pesona KEIMANAN...~

~♥ Kasih,Sayang Dan Cinta♥~

Kasih....♥

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang.....♥

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta....♥

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta

~Bila Wanita Menangis~

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis... 


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda. 
... ... 
Apabila dia menangis di hadapan anda, 
Apabila dia menangis kerana anda, 
Pandanglah matanya, 
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa? 
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa? 
Fikirkan… 
Berbaloikah dia menangis, 
Dihadapan anda, 
Hanya kerana anda? 


Dia menangis bukan kerana dia lemah, 
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati, 
Dia menangis, 
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati, 
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan. 


Guys, 
Cuba ambil masa untuk berfikir, 
Jika si dia menangis hanya kerana anda, 
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda, 
Kerana hanya anda tahu jawapannya. 


Fikirkan, 
Kerana suatu hari nanti, 
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal, 
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…” 


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda. 


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia. 


Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya... 

~♥ 13 Perkara Seksi Isteri Yang Disukai Suami ♥~

Untuk kelihatan seksi dihadapan suami, ia tidaklah sesukar yang wanita selalu fikirkan.Perkara seksi yang disukai suami bukan sahaja mengenai cara pemakaian yang seksi, barangan alat solek dan sebagainya, tetapi ia mempunyai faktor lain yang mampu untuk menarik perhatian mereka. Mungkin ada sesetengah wanita yang masih tidak sedar mengenai perkara ini. 


13 perkara seksi yang disukai suami. 


♥Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur. 
♥Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi. 
♥Isteri yang baru sahaja selesai mandi. 
♥Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah. 
♥Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka. 
♥Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka. 
♥Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas. 
♥Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda se0rang yang comel) 
♥Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka. 
♥Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka. 
♥Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi. 
♥Bau badan semulajadi isteri mereka. 
♥Layanan istimewa yang isteri mereka berikan. 


♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥

Monday 20 February 2012

~Kemuliaan Wanita~

Dalam membentuk keluarga Muslim yang bahagia,sesuai dengan ajaran Islam,Islam memberi perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita ke arah yang lebih mulia.Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhamad SAW ,melalui putrinya Siti Fatimah.Kelahiran putera Fatimah iaitu Hasan dan Husin memperoleh berkah,dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah SAW telah memberikan contoh dan teladan bagaimana menjadi ayah yang baik.Baginda mengangkat darjat puteri-puteri baginda.Jika baginda meninggalkan kampung halaman,Fatimah lah orang yang terakhir yang baginda temui.Jika baginda pulang dari perjalanan atau peperangan ,baginda langsung pergi ke masjid solat 2 rakaat .Kemudian baginda pergi menemui puteri-puteri buah hatinya,barulah baginda pergi ke rumah istri-istri baginda. Seandainya Siti Fatimah datang mengunjungi ayahandanya,maka Rasulullah SAW bangun untuk menyambut dan memberikan ciuman kepada puterinya,kemudian di suruhnya duduk di sebelah baginda.Begitu jua jika Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah r.a,maka Fatimah bangun menyambut kedatangan ayahandanya dan di ciumnya Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang.Kemudian baginda pun duduk di samping puterinya yang tercinta. Begitu mulia dan tinggi kedudukan Fatimah r.a di hati Rasulullah SAW .Sehingga Rasulullah SAW berulang kali menyebutkan : "Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku .Aku berdukacita jika ia berdukacita ,dan aku akan lega jika ia senang.Siapa yang menyebabkan ia marah,sama dengan membuat aku menjadi marah.Fatimah buah hatiku adalah wanita penghuni syurga." [Hadis Riwayat Al-Hakim dan Bukhari] Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada para sahabat,bahawa penghargaan terhadap anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka ,merupakan taqarrub atau mendekatkan diri yang paling besar kepada Allah SWT yang layak memperolehi syurga dan keredhaanNya .Baginda bersabda: "Barang siapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan,kemudian ia bersabar hidup dalam suka dan duka,maka ia akan dimasukkan kedalam syurga kerana rahmat Allah kepada para perempuan tersebut.Seorang sahabat bertanya :Bagaimana kalau hanya 2 orang perempuan ya Rasulullah? Baginda menjawab:Walaupun hanya 2 orang.Sahabat bertanya lagi:Bagaimana kalau seorang sahaja ya Rasulullah:
Maka baginda menjawab: Ya ,walaupun hanya seorang."