“It’s not easy to be strong when you are weak - It’s not easy to be patient when you are restless - It’s not easy to be happy when you are depressed - But It’s not hard to lift up your hands in supplication to Allah and ask Allah to make it alright...~!! Alhamdulillah...:)

Thursday 29 March 2012

~KETAHUILAH...I"M NOT PERFECT~

♥Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
>>Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

♥Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
>>Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
...
♥Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
>>Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

♥Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
>>Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

♥Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
>>Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

♥Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
>>Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

♥Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
>>Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.^^

Monday 26 March 2012

^Hakikat Perbezaan Perempuan Dan Isteri, Lelaki Dan Suami^

Kowang kena baca bebelan kat bawah nie sampai habis baru faham ceritanya..hehehehehe

Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?

Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.

Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.

Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...

Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.

Wahai perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.

Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.

Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.

Wahai perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.

Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lua pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenapa? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....♥♥♥


Sunday 25 March 2012

^ANDAI LELAKI ITU TAHU^

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.♥♥♥




Monday 19 March 2012

^Aku Dan Kenangan^

Saya sudah belajar untuk bahagia demi masa depan, cuma lupa bagaimana untuk luputkan ingatan pada masa lampau yang menyedihkan....^^

Setiap dari kita mempunyai latar belakang yg berbeza.Kita dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah yang tak mampu untuk di kenang sampai bila-bila.Ia adalah satu zaman di mana waktu itu pusingan hidup kita berputar antara keseronokan dan bermain.Masa tu lah kita tidak menghadapai jua apa masalah.Apa jua kehendak kita akan dipenuhi dengan sebaik nya oleh ibu bapa kita.Zaman ini juga adalah zaman permainan kita dimana kita hanya mengenal erti keseronokan tanpa batas.Dan diwaktu inilah kita mencipta kenangan yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila sama ada kenangan itu indah ,pahit dan sebagainya.

Menginjak dari zaman kanak-kanak adalah zaman remaja.Zaman ini di sebut juga sebagai zaman yg genting yang menguji daya tahap kemampuan seseorang itu .Waktu inilah kita terdedah kepada cabaran hidup dimana jika kita kuat ...kita akan mampu menghadapi dugaan dan godaan yang datang mengelilingi kita.Namun jika sebaliknya...seumur hidup kita akan merana kerana hanya dengan satu kesilapan kecil dan padahnya kita akan tanggung seumur hidup.Sekuat mana pun kita cuba melawan dugaan dan cabaran yang datang pada kita...haruslah diiringi dengan iman dan takwa.Moga-moga kita semua terselamat dari segala macam godaan dan noda yang seringkali mengganggu kehidupan kita.

Berlalu zaman remaja adalah zaman dewasa di mana pada waktu itu kita sudah mencapai tahap kematangan seiring dengan usia kita.Sama ada kita sedar or tidak...  kehidupan kita sebelum ini banyak meningglkan kesan sisa yang mendalam dalam kehidupan kita sama ada kita sedar ataupon tidak...sama ada kita cuba untuk melupakan kenangan pahit yang tersisa dan terbekas  di jiwa kita.Kehidupan masa lalu sebenarnya banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya.
To move forward you must look backward...!!!! Sama ada kita cuba lari dari kehidupan masa lalu kita yang agak menyedihkan...kenangan itu tak bisa tuk meninggalkan kita.Memetik kata-kata.....walau jarak itu memisahkan kita...namun kenangan itu tak pernah bisa meninggalkan kita.Hadapilah semua itu dengan redha.Apa jua yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik semuanya...!!!

Sunday 18 March 2012

^Sessi Mencantikkan Diri^

Sabtu lalu aku berpeluang menghadiri kelas penjagaan wajah bertempat d sebuah hotel kt Kota Bharu iaitu Hotel Dynasty Inn atas pelawaan kawanku,Ayu [gambar di atas].Bagai orang mengantuk di sarung bantal ,so aku pergilah bersama kawanku ,Masliza.Aku yang sememangnya berminat ngan kecantikan ni....maklumlah pompuan katakan....pompuan n kecantikan tu mcm tarikan magnet!!

Sewaktu kat kelas kita org di ajar teknik solekan n cara cara mencuci muka .Ermmm...menarik gak...!! Dapat gak ilmu tentang solekan ni.Dan sebut psl kecantikan wanita dan kecantikan memang x dapat dipisahkan.Namun kecantikan itu tidak hanya tertumpu pada kosmetik semata-mata tapi lebih dari itu kecantikan itu turut jua meliputi pada keindahan budi bahasa dan tutur bicara seseorang.Minat pada kecantikan haruslah bersesuaian pada faktor usia .Asalkan kita tahu batasan kecantikan itu,apa jua solekan dan fesyen yang kita kenakan akan bersesuaian dengan kita.Ramai yang ingin kulit yang cantik sekata,sehat dan bercahaya.Kehadiran deretan produk di pasaran seolah mengerti keinginan wanita yang mengidamkan kulit yang gebu dan berseri-seri.Seiring usia,kulit lazim bertahan apabila pigmentasi mula wujud,Jesteru,penjagaan kulit haruslah dilakukan secara sempurna .Sebaik-baiknya kulit harus di jaga bermula awal 20-an.

Bagi wanita yang mempunyai wajah yang yang tak bermasalah,amatlah beruntung kerna apa jua kosmetik yang dikenakannya tidak akan mendatang masalah buat dirinya.Seperti kulit aku yang tak menghadapi masalah.Tak terlalu kering n tak terlalu berminyak.Normallah tu...!!!Bagi yang memnpunyai kulit yang halus dan susuk badan yang menarik ianya lebih berkeyakinan meningkatkan ketrampilan sekaligus menjadikannya anggun dan berpersonaliti.Seri wajah sebenarnya tidak bergantung pada warna kulit.Mereka yang berkulit gelap dan sawo matang juga boleh tampil berseri jika kulitnya segar dan cantik.Asalkan kita pandai dan rajin menjaga dan membelai kulit dan wajah kita.Pemakanan juga faktor penting dalam mempengaruhi kecantikan wajah kita.Seeloknya hindari makanan yang terlalu berminyak dan berlemak.Begitu jua ngan minuman.Sebaiknya jauhi or hindari terus minuman berkarbonat dan berais kerana ianya tak elok tuk kesihatan sama ada luaran atau dalaman.Lebihkan makan sayur dan buah2an.

Saturday 17 March 2012

^Aku Ingin Sahabat Seperti Ini.....^

Pesan Iman Al-Ghazali tentang kawan.....

♥Pilih kawan yang berakal ,jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakiti hatimu.
♥Pilih kawan yang berakhlak,jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang akan nafsu jahatnya.
♥Pilih kawan yang soleh,jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
♥Pilih kawan yang sederhana,jangan pilih kawan yang tamak kerana ia akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
♥Pilih kawan yang bercakap benar,jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana ia akan memusnahkan jiwa.

Pesanan Iman Al-Ghazali tentang kawan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[ Riwayat Al-Tabrani ]
Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

~Ketika Allah Mencipta Wanita~

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”
Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…
Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”
“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”
“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”
“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”
“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”
“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
Dia boleh melawan ketidakadilan…
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…
“CINTANYA TANPA SYARAT”
Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”
Tuhan menjawab, “Hanya satu hal…..,
Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”.


Tuesday 13 March 2012

♥~Hadirnya Cinta kerna Persahabatan~♥

Sesungguhnya kehadiran cinta sering tak terduga. Hal ini menunjukkan bahwa jatuh cinta tak kenal waktu, tempat dan kepada siapa kita akan jatuh cinta.Terkadang kita harus berpetualang ke dunia lain untuk menyatukan dua hati. Kadang pula ia hadir dalam keakraban dua insan yang bersahabat.

Cerita cinta yang lahir dari persahabatan memang asyik untuk dibagi. Betapa tidak, hubungan yang tadinya neutral setelah diwarnai cinta akan berubah menjadi rasa kekaguman yang luar biasa. Banyak orang jatuh cinta terjadi dari persahabatan. Tentu kita ingat sebuah ungkapan'' tak kenal maka tak sayang dan tak sayang maka tak cinta''.

Orang bisa jatuh cinta karena saling mengenal kepribadian. Bisa jadi secara  biasa-biasa saja, namun setelah lama bersahabat kita mengetahui kepribadiannya yang sungguh memikat hati.

Cinta pada dasarnya adalah anugrah jika kita bisa mengendalikan di jalan yang diridhai-Nya. Betapa indahnya hidup yang dipenuhi oleh rasa cinta dan kasih sayang yang tulus terhadap sesama. Sebaliknya betapa sengsaranya jika kita hidup dalam kebencian. Cinta memang persoalan hati. Sedangkan hati bersifat berubah-rubah.Sehingga yang kita perlukan adalah upaya yang maksimal baik lahir maupun batin untuk mengendalikan agar cinta kepada makhluk tidak melebihi cinta kepada Allah sehingga kita akan menjauhi segala perkara yang dilarang oleh-Nya .

Demikian pula cinta kita kepada Allah tidak membuat kita menelantarkan cinta kepada makhluk-Nya.'' Ada tiga perkara yang siapapun memilikinya niscaya akan merasakan kelezatan iman, Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari lainnya, mencintai seorang hanya karena Allah dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka''( HR.Bukhari dan Muslim).


Jika saat ini kita telah merasa dekat dengan seseorang namun belum ada kejelasan apakah hubungan sekedar sahabat biasa atau berlanjut ke jenjang pernikahan, jangan takut untuk bertanya guna mempertegas status hubungan dari pada menggantung tak jelas dan tak tentu arah.

Bila ternyata dia serius dan masing-masing sudah ada kesiapan lahir dan batin hendaklah segera melangkah ke jenjang pernikahan karena kalau terlalu lama dalam masa penantian yang tak pasti dikhawatirkan banyak menuai fitnah.

Namun jika hubungan ternyata tidak serius karena masing-masing belum ada kesiapan lahir maupun batin hendaklah menahan diri untuk tidak berhubungan terlalu dekat karena sepandai-pandainya kita mengendalikan diri tetap saja sulit untuk menghindari sesuatu yang dilarang oleh Allah.

^Lihatlah Dia....^

Lihatlah, Dialah Suamimu! Wahai para istri, pernahkah kau perhatikan lebih jauh tentang susuk perkasa yang ada dirumahmu, yang menjadi separuh nyawamu itu, dan yang menjadi teman seumur hidup bagimu untuk menghabiskan hari-harimu?

Lihatlah dia dalam tidurnya... Tidur nyenyaknya seakan menggambarkan betapa seharian ini beliau begitu lelah menggunakan tenaganya demi mencukupi nafkah untukmu. Dia menyingsingkan lengannya dan mengusap keringatnya, demi dirimu untuk sebuah tercukupi.  Sayu matanya mungkin tengah menahan derasnya air mata dalam tidur, karena menahan bendungan hati demi kelangsunagan masalah hidup. Tapi semua masih tertahan, karena tidak mungkin akan membiarkan kau dan keluargamu terbiar.

Lihatlah kaki kuat itu... Dia yang menopang tubuh renta suamimu, yang menjadi penopang ketika harus menyusuri dunia untuk sebuah kebahagiaanmu, wahai wanita. Bahkan seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad salallahu alaihi wassalam, jikapun memang sesama manusia boleh bersujud, maka di kaki itu, kau harus meletakkan sujudmu dan memasrahkan tanganmu kepadanya!!!.

Lihatlah urat garis wajahnya... Kulitnya yang legam dan kasar itu menandakan beratnya perjuangannya. Seakan disana terukir sebuah perjuangan yang begitu melelahkan namun menenangkan seluruh anggota keluargamu. Dengan tanpa keluh kesah walaupun sesekali bimbang dalam melintasi, namun tetap menyediakan pundak yang kuat, dan dada yang lapang demi kau bersandar. Lihatlah urat wajah lelah itu, yang seakan semakin rapuh dari hari ke hari namun tetap teguh demi sebuah yang bernama tanggung jawab.

Lihatlah para isteri yang solehah, dialah suamimu!!

Lihatlah tangannya... Rasakan tangan berkulit kasar itu yang semakin hari semakin terasa kasar. Tangan itulah yang telah menyelamatkanmu menuju sebuah kehormatan dan menggandengmu pada sebuah perlindungan. Tangan inilah yang terkait dengan hati mereka dimana mereka seumur hidup menghabiskan hari harinya untuk memenuhi  kesenanganmu sekeluarga.

Lihatlah mata mereka.....Pandangan teduh itulah yang mendamaikanmu. Mengajakmu dengan lindungan dalam kekuatan mereka. Berharap kedamaian menyelimutimu, menghapus sedihmu dan kembali membawa senyum untukmu, wahai para istri. Pandangan teduh itu yang merobek kekuatan mereka demi  menyintai insan sepertimu. Pandangan teduh yang juga begitu lelah. Wahai para istri, betapa banyak suami yang tidak dapat memejamkan mata mereka karena beratnya pikiran dan tanggung jawab mereka saat ini. Subhanallah, maka bahagiakan dan alihkan sedikit beban mereka dengan sebuah kesenangan dan kesyukuran karena kehadiranmu. Bahagiakan mereka dengan meminimalisir keluhanmu atas mereka, dan menghadirkan senyum hari- hari mereka.

Lihatlah ketulusan hati mereka... Seorang lelaki yang dengan penuh pengayaman tulus dan pengabdian penuh, telah menghabiskan sisa umur mereka demi memegang kendali kapal rumah tanggamu. Mereka tak mengharapkan balas kecuali kesetiaanmu. Mereka tak mengharapkan puji kecuali kepandaianmu menjaga anak- anak mereka. Mereka tak mengharapkan apa-apa kecuali dengan kebahagiaan karena terjaganya bidadari yang ada dirumahnya, yaitu dirimu sendiri. Dialah pemimpin yang sholeh dan bertanggungjawab itu, dialah suamimu, wahai para isteri.

Sungguh para wanita, redha suamimu adalah kunci surga dunia bagi dirimu dan syurga akhirat untuk kau dan keluargamu. Maka hargailah beliau, lebih dari dirimu sendiri. Maka dahulukan pertimbangan mereka diatas ego dan kemahuanmu. Maka rendahkan suaramu, walaupun mungkin dalam amarahnya yang sempat memuncak. Tak apalah jika mengalahmu bisa menjadi sedikit balasan bagi kelegaan hati mereka. Allah akan tersenyum kepadamu, Allah akan redha kepadamu, syurgapun akan merindukanmu atas semua kebesaran hati dan keluasan jiwamu. Maka jangan kau teruskan kemanjaanmu dengan tetap terus menuntut tentang apa yang mereka bisa bagikan dengan lebih untuk dirimu, namun tanyakan kepada batinmu sendiri, sudah sejauh mana kau telah menjadi berkah dalam kehidupan beliau, suamimu sendiri. Dan...sudahkah hari ini kau mengucapkan kata terimakasih untuknya, seraya mencium tangannya yang mulia,,,,♥♥♥

Monday 12 March 2012

^Beginilah Caraku Menyintaimu^

Ada kekasih yg membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat ,pujian dan rayuan.Ada pula dengan sikap nan penuh kasih.
Tak sedikit dengan pengorbanan yg meluluh lantakkan harga diri
Ada pula dengan mengerat tenaga dan material.

Namun bagiku, aku mencintaimu dengan menundukkan wajahku padamu, bukan karena ku ingin berpaling darimu
Tapi karena ku ingin menjaga pandanganmu dari panah-panah iblis.

Ku mencintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu, bukan karena aku ingin menyakitimu namun karena aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu.

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu....
Bukan karena aku membencimu, namun karena ku ingin menjagamu dari khalwat yg menjebak.

Ku mencintaimu dengan menjaga dirimu dan diriku
Menjaga kesucianmu dan kesucianku
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku
Menjaga kebeningan hatimu dan hatiku.

Cinta...♥♥

Tak mengapa saat ini kita jauh, kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya..
Karena itu jauh lebih bererti,
Jauh lebih abadi,
Karena aku yakin janji Allah adalah pasti
Wanita yg baik untuk laki-laki yg baik

Seperti inilah ku mencintaimu dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku hanya untuk ku persembahkan padamu kelak.

Oleh karena itu cinta...
Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku.

Ya Rabb..
Pada-MU ku titipkan cintaku pada nya...Aamiin....!!!♥♥♥

Saturday 10 March 2012

^ 7 Cara Bersahabat Kerana Allah^

Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui,tetapi berapa ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu di saat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah.Pasti tidak ramai bukan! Sejujurnya bukan senang hendak mencari sahabat yang sejati.

Allah SWT berfirman dalam surah az-Zukhuf,ayat 67 yang bermaksud:"Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain,kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan soleh)...."
Justeru itu ,kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan-rakan kita,dan berharap mereka juga benar-benar jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita.

Berikut ada beberapa tip sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
 Rasulullah SAW bersabda:"Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hadis Riwayat Abu Daud)

♥Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
 Rasulullah SAW bersabda:"Setiap hamba Muslim yang mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya."(HR Muslim)

♥Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
 Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah kamu meremahkan kebajikan sedikit
pun,sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."(HR Muslim)

♥Segera bersalaman ketika berjumpa
 Rasulullah SAW bersabda:"Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."(HR Abu Daud)

♥Sentiasa menziarahi sahabat kita.
 Rasulullah SAW bersabda:"Hendaklah kamu menziarahi sesekali,nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥Memberi hadiah.
 Rasulullah SAW bersabda:"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani)

♥Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
 Rasulullah SAW bersabda:"Orang yang berjalan umtuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."(HR Hakim)

Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr. Abdullah Nasir Ulwan)

Wednesday 7 March 2012

^Tidur Berbantalkan Lengan Suami^

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri,bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.Sebenarnya hampir 65% bau badan suami/lelaki datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua,ketepikanlah bantal-bantal anda,tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi,hampirkanlah hidung di celah ketiaknya,tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilek dan tenang,ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.[pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rileknya]....
FAKTA...serius!!!

Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur diatas lengan suami akan tidur dengan lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami ,janganlah shave ketiak anda togel,biarkanlah sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi wanita.Maka para isteri-isteri semua ,anda semua praktikkanlah tidur di atas lengan suami anda...:)