^Aku Dan Kenangan^

Saya sudah belajar untuk bahagia demi masa depan, cuma lupa bagaimana untuk luputkan ingatan pada masa lampau yang menyedihkan....^^
Setiap dari kita mempunyai latar belakang yg berbeza.Kita dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah yang tak mampu untuk di kenang sampai bila-bila.Ia adalah satu zaman di mana waktu itu pusingan hidup kita berputar antara keseronokan dan bermain.Masa tu lah kita tidak menghadapai jua apa masalah.Apa jua kehendak kita akan dipenuhi dengan sebaik nya oleh ibu bapa kita.Zaman ini juga adalah zaman permainan kita dimana kita hanya mengenal erti keseronokan tanpa batas.Dan diwaktu inilah kita mencipta kenangan yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila sama ada kenangan itu indah ,pahit dan sebagainya.
Menginjak dari zaman kanak-kanak adalah zaman remaja.Zaman ini di sebut juga sebagai zaman yg genting yang menguji daya tahap kemampuan seseorang itu .Waktu inilah kita terdedah kepada cabaran hidup dimana jika kita kuat ...kita akan mampu menghadapi dugaan dan godaan yang datang mengelilingi kita.Namun jika sebaliknya...seumur hidup kita akan merana kerana hanya dengan satu kesilapan kecil dan padahnya kita akan tanggung seumur hidup.Sekuat mana pun kita cuba melawan dugaan dan cabaran yang datang pada kita...haruslah diiringi dengan iman dan takwa.Moga-moga kita semua terselamat dari segala macam godaan dan noda yang seringkali mengganggu kehidupan kita.
Berlalu zaman remaja adalah zaman dewasa di mana pada waktu itu kita sudah mencapai tahap kematangan seiring dengan usia kita.Sama ada kita sedar or tidak... kehidupan kita sebelum ini banyak meningglkan kesan sisa yang mendalam dalam kehidupan kita sama ada kita sedar ataupon tidak...sama ada kita cuba untuk melupakan kenangan pahit yang tersisa dan terbekas di jiwa kita.Kehidupan masa lalu sebenarnya banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya. To move forward you must look backward...!!!! Sama ada kita cuba lari dari kehidupan masa lalu kita yang agak menyedihkan...kenangan itu tak bisa tuk meninggalkan kita.Memetik kata-kata.....walau jarak itu memisahkan kita...namun kenangan itu tak pernah bisa meninggalkan kita.Hadapilah semua itu dengan redha.Apa jua yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik semuanya...!!!
No comments:
Post a Comment