Kowang kena baca bebelan kat bawah nie sampai habis baru faham ceritanya..hehehehehe
Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu.
Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. Tahukah korang
yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami
sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya
begitu?
Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka
bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu
yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya
sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang... kenapa
muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy
laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.
Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki?
Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi
isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian
bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah
suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.
Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang
gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka
masak? Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk
badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan
mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak
kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan
selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah
wangi semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...
Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan
singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak
pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan
anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu
semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi
komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju
lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi
mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain.
Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat
menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang
permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti
suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.
Wahai
perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau
dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu
meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka
perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami,
jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami
sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan
yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara
eropah...? Hahahahhaa.
Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak
turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi
seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan
bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan
membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.
Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam
membuat keputusan.
Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini
rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah
menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal,
sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh
macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak
bau busuk, bibir tidak nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan
salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan
mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan
tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu
ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah
macam opera cina.
Wahai perempuan semua, andai kata adik korang
datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah
dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik
korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk
melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. Dan wahai isteri-isteri
yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan
suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana
suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada
pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya
mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu
kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi
buta lagi dah.
Satu perkara yang selalu diabaikan oleh
perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau
kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lua pikir la sendiri)
Hahahaha.... Tau kenapa? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami
atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah
kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat
lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....♥♥♥

saya sangat manja walaupun muka cam assassin
ReplyDeletekirenya dalam hati ada taman ler tu...;))
Delete